Elemen kesedaran sosial:
1. Empati -
- daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
- keupayaan mengalami dan memahami pemikiran, emosi, dapat mengesan perasaan memahami perspektif prang lain dan berminat untuk membantu memenuhi keperluan tersebut.
- kemampuan untuk memahami perasaan dan perspektif orang lain serta melibatkan pembinaan hubungan.
2. Simpati
- perasaan belas kasihan , timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu terutamanya apabila ditimpa kesusahan dan penderitaan.
- kemampuan seseorang untuk memberi sokongan kepada orang lain melalui belas kasihan atau perasaan sensitif.
3. Apati
- sikap tidak menaruh minat atau sikap endah tak endah terhadap sesuatu yang wajar diberi perhatian.
- ketiadaan perasaan dan minat terhadap seseorang atau sesuatu sera tidak berminat untuk mengubah atau membuat penambahbaikan.