loader image
Skip to main content

Elemen kesedaran sosial

Elemen kesedaran sosial

by LIM LI LI NPQEL2023 SRBE5 -
Number of replies: 0

Elemen kesedaran sosial:

1.  Empati - 

  • daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
  • keupayaan mengalami dan memahami pemikiran, emosi, dapat mengesan perasaan memahami perspektif prang lain dan berminat untuk membantu memenuhi keperluan tersebut.
  • kemampuan untuk memahami perasaan dan perspektif orang lain serta melibatkan pembinaan hubungan. 

2. Simpati

  • perasaan belas kasihan , timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu terutamanya apabila ditimpa kesusahan dan penderitaan.
  • kemampuan seseorang untuk memberi sokongan kepada orang lain melalui belas kasihan atau perasaan sensitif.

3. Apati 

  • sikap tidak menaruh minat atau sikap endah tak endah terhadap sesuatu yang wajar diberi perhatian.
  • ketiadaan perasaan dan minat terhadap seseorang atau sesuatu sera tidak berminat untuk mengubah atau membuat penambahbaikan.