loader image
Skip to main content

Salam Perkenalan Buat Bakal Pemimpin Pendidikan

Salam Perkenalan Buat Bakal Pemimpin Pendidikan

by NIK MOHD SHAFIZAL BIN NIK JID NPQEL2023 SMBE2 -
Number of replies: 3

Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan buat pensyarah dan rakan-rakan sekalian...

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana pada tahun 2023 ini saya dan rakan-rakan merupakan insan yang terpilih bagi mengikut pembelajaran dalam NPQEL pada kali ini. Maka sama-samalah kita betulkan niat untuk mengutip dan mengumpul segala ilmu dalam program ini walaupun dalam usia yang lebih matang. Benarlah kata-kata tokoh akademia bahawa pembelajaran itu adalah sepanjang hayat. Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke syurga"

Dalam Anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah telah mengingatkan saya bahawa sudah tiba masa kita semua mempersiapsiagakan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, kebolehan serta pengalaman dalam kepimpinan dan pengurusan supaya anjakan ini dapat direalisasikan demi keberhasilan murid. Selaras juga dengan tuntutan dalam Islam yang menegaskan tentang peranan dan fungsi setiap manusia sebagai pemimpin dan pengurus bagi segala urusan yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan adalah amanah meletakkan seseorang manusia itu sebagai calon ujian yang akan ditentukan kedudukan dan pencapaiannya di sisi Allah SWT. Demi memastikan pengurusan dan kepimpinan yang mendapat penilaian yang terbaik di sisi Allah SWT, serta menyelamatkan kita dari kecelakaan di akhirat, kita hendaklah melengkapkan diri dengan persiapan sebagai pemimpin. Persiapan yang paling diperlukan adalah ilmu pengetahuan, khususnya, ilmu yang berkait dengan peranan sebagai seorang pemimpin. Kita tidak sekadar mempunyai kemahiran teknikal dan pengurusan yang berkaitan dengan bidang kita sahaja. Ini kerana, kesudahannya kelak, kita bukan disoal oleh majikan, rakyat, ketua, juruaudit. Bahkan kita akan disoal oleh Allah yang mencipta kita dan yang meletakkan kita dengan tugas-tugas tertentu sebagai salah seorang manusia yang hidup bermasyarakat. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengingatkan kita tentang perlunya ilmu sebelum menjadi pemimpin. Beliau menegaskan: 

“Hendaklah kamu belajar menjadi faqih sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin”(Riwayat Al-Bukhari) 

Keperluan mempersiapkan diri dengan ilmu ini bukan sekadar untuk menjayakan kepimpinan dan manfaat umat sahaja. Bahkan, kita lebih kerap diingatkan tentang kehancuran dan kemusnahan yang berlaku adalah natijah daripada kejahilan manusia yang menjadi pemimpin.  Wallahu a'lam


Salam perkenalan daripada saya buat semua pensyarah dan rakan-rakan semua, 

Nik Mohd Shafizal bin Nik Jid 

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 

In reply to NIK MOHD SHAFIZAL BIN NIK JID NPQEL2023 SMBE2

Re: Salam Perkenalan Buat Bakal Pemimpin Pendidikan

by MOKHTAR BIN ITHNIN NPQEL2023 SRBE3 -
Semoga kita semua berjaya dan dipermudahkan segala urusan dalam mengikuti kursus NPQEL 2023.