Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada kecekapan pemimpin dan keupayaan beliau untuk memimpin ke arah lebih baik. Ada beberapa model yang boleh digunakan dalam memimpin perubahan dan di antaranya adalah Model Kotter iaitu 8 amalan atau 8 langkah dalam memimpin perubahan di sekolah. Namun, adakah Model Kotter ini sesuai digunapakai oleh semua sekolah sekiranya pemimpin ingin memimpin perubahan? Adakah Model Kotter ini model yang paling lengkap dan efektif dalam memimpin perubahan?