Pengenalan e-NPQEL

e-NPQEL adalah adalah Portal e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki yang menyediakan pra kursus dalam talian untuk para peserta kursus NPQEL 2.0. Matlamat utama kursus e-NPQEL adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum para peserta mengikuti kursus secara bersemuka di Institut Aminuddin Baki.

Modul e-NPQEL dirancang dan direka bentuk sebaik mungkin daripada aspek isi kandungan dan teknikal bagi memastikan keselesaan para peserta untuk meneroka serta mendapatkan maklumat dan pengetahuan berdasarkan pendekatan self-directed learning.

Kursus ini mempunyai 4 modul utama dengan 6 submodul yang perlu disempurnakan. Penilaian akhir disediakan pada penghujung setiap modul dan submodul. Peserta perlu mendapat markah 100% dalam setiap penilaian ini untuk mendapatkan sijil e-NPQEL bagi meneruskan kursus untuk sesi bersemuka. Para peserta diberi tempoh selama 3 minggu (21 hari) untuk menyempurnakan kesemua modul dan submodul tersebut.

SELAMAT MENGIKUTI MODUL e-NPQEL IAB

Last modified: Sunday, 2 August 2020, 3:28 PM