Forum Salam Perkenalan Peserta NPQEL 2.0 2021

USAHA BERSAMA TEMPUH CABARAN NPQEL

USAHA BERSAMA TEMPUH CABARAN NPQEL

by HASFARINA BINTI ABAS NPQEL2021 SMBE3 -
Number of replies: 0

Salam buat semua...


Alhamdulillah... 

Berjaya melalui e-NPQEL dan memperoleh 4 Badge. Bukan mudah belajar sendiri tanpa 'guru'. Pembelajaran kendiri hanya dengan  berpandukan bahan-bahan diberi. Kemudian berkali menjawab Kuiz dan penilaian untuk mempertingkatkan kefahaman diri. Tugasan dibuat dan dihantar tanpa kepastian sama ada betul atau tidak. 

Namun, dalam kekeliruan pembelajaran kendiri, rakan-rakan sekumpulan sentiasa membantu dan saling berkongsi bahan, pandangan dan kata-kata motivasi. Ini adalah usaha bersama setiap ahli kumpulan dalam memastikan semua bakal menuju garisan penamat dan tiada yang tertinggal dibelakang.

Mengejar ilmu bersama dan saling membantu sangat penting sepanjang perjuangan ini. Kita tidak akan mampu menanggung beban yang pelbagai seorang diri. Kerjasama dan hubungan yang baik  bersama ahli kumpulan diharapkan dapat memberi semangat kepada semua untuk terus mencapai matlamat menyelesaikan kurus NPQEL dengan cemerlang.

InshaAllah... kita teruskan perjuangan bersama menempuhi segala cabaran yang ada untuk mencapai kejayaan kelak.