Forum Salam Perkenalan Peserta NPQEL 2.0 2021

SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Number of replies: 18

Assalammuaalaikum dan Salam Sejahtara  rakan-rakan peserta kursus NPQEL . Kesempatan diruang forum ini saya ZULKIFLI BIN MD PUNGOT SMBE3  ingin mendapatkan pandangan rakan-rakan  dalam menganalisa  apakah masalah yg paling kritikal yg berlaku di sekolah tuan/puan. Permasalah perlu ada data-data dan fakta-fakta membuktikan permasalahan tersebut. Tuan/puan boleh senaraikan seberapa banyak masalah supaya kita dapat melihat jika terdapat permasalah yang setara dengan sekolah saya. Segala Kerjasama sangat-sanagat saya hargai dan sanjung tinggi. Sekian Terima Kasih. 


ZULKIFLI BIN MD PUNGOT SMBE3 019-7412493

In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by MAHADZIR BIN IBRAHIM NPQEL2021 SRBE1 -
wslm wbt. kalau sekolah saya masalah kehadiran.
In reply to MAHADZIR BIN IBRAHIM NPQEL2021 SRBE1

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by NOR HAYATI BINTI ABDUL RAZAK NPQEL2021 SRGH3 -
waalaikumussalam, sekolah saya masalah padang yang selalu dicerobohi oleh penagih dadah
In reply to NOR HAYATI BINTI ABDUL RAZAK NPQEL2021 SRGH3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by SA'DIAH BINTI SULEIMAN NPQEL2021 SMBE3 -
Bukankah kawasan padang sekolah berpagar, puan?
Bahaya jika penagih menceroboh masuk. Bimbang keselamatan warga sekolah terjejas.
Pihak pentadbir perlu buat sesuatu untuk memastikan keadaan sekolah yang selamat.
In reply to NOR HAYATI BINTI ABDUL RAZAK NPQEL2021 SRGH3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Salam masalah monyet boleh hubungi PERLIHITAN Daerah atau Negeri. Masalah Penagih Dadah perlu ada kerjasama AADK PDRM PIBG Jalinan dan Jaringan
In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by SA'DIAH BINTI SULEIMAN NPQEL2021 SMBE3 -
Sekolah saya masalah pencapaian prestasi SPM kurang memberangsangkan.
In reply to SA'DIAH BINTI SULEIMAN NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Salam Puan , isu ini kita tumpukan kepada satu-satu mata pelajaran atau punca-punca masalah penyumbang pencapaian prestasi SPM kurang memberangsangkan. Puan kita ambil satu Mata Pelajaran untuk diperbahaskan. contohnya BM atau SEJARAH 
In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ROSNANI BINTI MOHAMED NPQEL2021 SRBE4 -
Masalah utama sekolah saya ialah kehadiran monyet - monyet liar yang menyebabkan banyak kerosakan yang menjejaskan keadaan fizikal sekolah.Gangguan kepada pelajar serta merosakan kabel internet.Bekalan makanan pelajar sering dicuri terutama apabila kelas kosong kerana pelajar ke dewan,padang,makmal dan bengkel.Keceriaan tidak dapat dibuat kerana akan dirosakkan.Najis - najisnya menyebabkan bau tidak menyenangkan.Sekolah saya dalam kem tentera.
In reply to ROSNANI BINTI MOHAMED NPQEL2021 SRBE4

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Salam masalah monyet boleh hubungi PERLIHITAN Daerah atau Negeri. Masalah Penagih Dadah perlu ada kerjasama AADK PDRM PIBG Jalinan dan Jaringan
In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by SAMSUDIN BIN MAMAT NPQEL2021 SMBE3 -
Assalamualaikum. Bagi kolej saya antara masalah yang setiap tahun dihadapi adalah Enrolmen pelajar atau permohonan pelajar ke Kolej Vokasional Juasseh.
In reply to SAMSUDIN BIN MAMAT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by NORJAIP BIN DAIP NPQEL2021 SRSB1 -
setiap sekolah mempunyai masalah yang pelbagai..masalah pembangunan fizikal dan kemudahan sekolah, isu kehadiran/ponteng, isu dadah, vandalisme, gangguan persekitaran,,namun yang pasti sememangnya ada masalah yang telah lama membelenggu sekolah tersebut. Semoga permasalahan atau isu ini akan menemui jalan penyelesaian...Terima kasih
In reply to NORJAIP BIN DAIP NPQEL2021 SRSB1

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ROHANA BINTI AHMAD NPQEL2021 SMBE3 -
Assalamualaikum dan salam sejahtera..antara isu yang kritikal di sekolah saya ialah masalah kehadiran pelajar samada dalam pembelajaran secara bersemuka mahupun melalui kaedah PdPR . Yang sangat membimbangkan masalah kehadiran ini juga melibat kelas peperiksaan.
In reply to SAMSUDIN BIN MAMAT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Salam Tuan kolej tuan antara masalah yang setiap tahun dihadapi adalah Enrolmen pelajar atau permohonan pelajar ke Kolej Vokasional Juasseh adalah dilihat dari sudut enrolmen yang BERTAMBAH atau BERKURANGAN
In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by SAMSUDIN BIN MAMAT NPQEL2021 SMBE3 -
peratusan permohonan rendah berbanding dengan kolej2 lain. kemasukan tidak mencapai enrolmen yang ditetapkan
In reply to ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by MUHAMMAD SAFUAN CHAI BIN ABDULLAH NPQEL2021 SMBE1 -
Wa'alaikumsalam. Masalah paling kritikal dalam pandemik Covid19 ialah kehadiran murid dalam PDPR. Maaf saya tak dapat nak tunjuk data, tetapi berdasarkan maklum balas dalam grup Telegram sekolah majoriti kelas gagal mencapai 75% HADIR. Sebahagian kelas tidak mencapai 50%. Implikasi proses pembelajaran amat besar.
In reply to MUHAMMAD SAFUAN CHAI BIN ABDULLAH NPQEL2021 SMBE1

Re: SUMBANGSARAN RAKAN BERKAITAN MASALAH PALING KRITIKAL DISEKOLAH

by ZULKIFLI BIN MD PUNGOT NPQEL2021 SMBE3 -
Salam Tuan isu ini merupakan isu GLOBAL dan Masalah SETARA bagi semua sekolah lebih-lebih lagi sekolah luar bandar seperti sekolah saya juga.